Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 31 Oktober 2011

Latihan Peneguhan Tatabahasa



Latihan Tatabahasa Online - klik sini


Nilai Dan Pengajaran - Rujukan UPSR Bahagian C


NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI
PENGAJARAN

·      kasih sayang

·      bertanggungjawab


·      patuh


·      bersimpati

 
·      baik hati


Kita hendaklah sentiasa sayang dan berbaik sesama kita.

Kita harus bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini.

Kita harus sentiasa patuh akan nasihat dan kata-kata ibu bapa.

Kita mesti bersimpati dan bersedia untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan.

Kita harus membantu / menolong orang yang susah


·      belas kasihan


·      bertanggungjawab


·      sayang kepada / akan binatang

·      tolong-menolong


Kita hendaklah sayang akan makhluk tuhan dan berusaha untuk hidup dalam keadaan yang harmoni.

Kita harus menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Kita harus melaporkan perbuatan penganiayaan binatang yang berlaku di sekeliling kita kepada pihak yang berkuasa.

Kita hendaklah menolong mereka yang lemah dan memerlukan bantuan daripada kita dengan hati yang ikhlas.


·      hormat-menghormati


        -   belas kasihan


·      sayang kepada / akan binatang

-   bertanggungjawab

Kita hendaklah menyemai benih kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat agar dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Kita harus prihatin terhadap nasib malang yang menimpa insan lain.

Kita tidak harus melakukan penganiayaan terhadap makhluk tuhan di mukabumi ini.

Kita harus bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat di sekeliling kita.


Ejaan Kata Majmuk


BAHASA MELAYU


CARA MENULIS EJAAN KATA MAJMUK

DIEJA TERPISAH
     
       jalan raya            tengah hari           kereta api
     atur cara              kemas kini           rumah tangga
     urus setia             alat tulis               gambar rajah dll.


DISATUKAN (YANG TELAH MANTAP – ADA 15 PERKATAAN)

     antarabangsa       setiausaha            beritahu
     sukarela              matahari               bumiputera
     suruhanjaya         pesuruhjaya         tandatangan
     kakitangan           kerjasama            tanggungjawab
     warganegara        olahraga              jawatankuasa


PENULISAN PARTIKEL ”PUN”

      Dalam bahasa Melayu ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel  ’pun’, iaitu;


ataupun               lagipun

mahupun             meskipun

walaupun            bagaimanapun

sungguhpun        sekalipun

kalaupun             biarpun

andaipun             adapun

kendatipun

Ahad, 30 Oktober 2011

Penulisan UPSR bahagian A







Petikan Surat Kiriman Tidak Rasmi





Tetamu Istimewa

Santapan Rohani